99 tip memasarkan produk – Post 7
Vendormallz 7

99 tip memasarkan produk – Post 7

Bagaimana memasarkan produk anda cara mudah?

99 tip memasarkan produk dan servis – buku by Norsanina

  1. Berkongsi maklumat semasa pelanggan menunggu di lobi ruang pejabat anda. Anda boleh meletakkan TV dan memasang video berkenaan produk anda. Sekiranya anda mempunyai akaun Youtube, boleh pasang juga siaran Youtube anda secara loop, maknanya anda set kan supaya ianya bermain secara berulang ulang (loop) boleh cek di bahagian setting di dalam Youtube anda anda cari perkataan how to play in loop. 1/May/2021 bacaan selanjutnya di vendormallz.com FBpost 5/5/2021
  2. Maksimakan Jenama anda menggunakan alatulis yang menggunakan logo perniagaan anda. Pernah tak anda pergi ke sesuatu acara dan anda di beri goodies bag? Selalunya di dalam goodies bag tu ada apa? Dari pengalaman saya biasanya mereka akan bagi pen yang ada jenama perniagaan mereka. Apa sebab mereka bagi pen? Sebabnya ialah mereka mahu anda ingat akan acara itu dan jenama mereka. Manusia ni, jika mereka melihat sesuatu perkara dengan kerap, meraka akan familiar dengan perkara tersebut, jadi bila anda dah mula nak menjual, barulah pelanggan anada akan rasa yang mereka sudah kenal lama dengan jenama itu. Ada kemungkinan mereka akan mudah untuk membuat keputusan untuk memilih jenama anda. 2/May/2021 bacaan selanjutnya di vendormallz.com. FB post 4/5/2021
  3. Maksimakan penggunaan name card perniagaan anda. Pernah tak anda beli minuman dan anda di beri kad untuk di simpan. Belakang name card itu ada kotak dan carta yang menunjukkan bila kali terakhir anda membeli di kedai tersebut dan apabila anda sudah mengumpulkan 10 kali pembelian, anda akan mendapat minuman percuma. Ini semua adalah taktik supaya anda sentiasa ingat akan jenama mereka. Kadang kadang kita beli lagi sebab tergoda dengan tawaran untuk mendapat yang percuma selepas 10 kali pembelian. Kalau tak salah saya kedai Starbuck guna taktik semacam ini. Jadi untuk lain kali anda mencetak kad perniagaan pastikan kad anda ada lagi satu kegunaan. 3/May/2021 bacaan selanjutnya di vendormallz.com fb post 3/5/2021
    1. Mahu meningkatkan jualan anda sebanyak 10 peratus : klik link untuk 7 tip percuma : https://www.subscribepage.com/7rahsiapemasaran
  4. Berikan kad diskaun atau baucer percuma. Contoh yang kita boleh praktis ialah dengan mencetak baucer untuk di berikan kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda. Di dalam baucer itu anda boleh tuliskan berapa persen yang anda nak beri kan potongan kepada mereka. Jika produk anda ialah RM100 seunit. Anda boleh memulakan promosi baucer, beli 2 botol, anda akan dapat RM10 diskaun. Jika pelanggan beli satu sahaja mereka tidak akan mendapat diskaun. Kebanyakan orang akan berminat untuk membeli lebih jika mereka pasti bahawa mereka akan mendapat lebih nilai untuk pembelian mereka. bacaan selanjutnya di vendormallz.com fb post 6/5/2021

https://www.subscribepage.com/7rahsiapemasaran

Leave a Reply