BERKUNJUNG SEMULA KE RENGIT-PUSAT JUALAN BARANG TERPAKAI

BERKUNJUNG SEMULA KE RENGIT-PUSAT JUALAN BARANG TERPAKAI

Jalan merah tu jalan yg perlu anda lalui

jika keluar dari Tol Air Hitam

RAMAI PULA YANG MINTA TUNJUKKAN LOKASI RENGIT

ha …kali ini saya letak petanya…kira ok kan?

Jarak Air Hitam ke Rengit- 41 km.

Jarak Batu Pahat ke Rengit 36.6 km

Mintak Tolong Kawan-kawan Klik Iklan ni….tak kena bayar, jangan takut..

Tolong saya ya….

Hari Raya kelapan,barulah kami dapat meluangkan masa berhari raya di rumah abang Baharuddin di Rengit. Setiap kali ke rumahnya pasti kami tidak melepaskan kunjungan kami ke perkampungan orang asli yang lebih terkenal daripada pekan Rengit itu sendiri. Kalau orang kata Segamat itu Jakel, Jakel itu Segamat, begitulah Rengit yang popular dengan jualan barang terpakai dari Singapura ini.
Panorama Pekan Rengit

Pembelinya bukan sahaja penduduk setempat, malah dari Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri pantai Timur. Ini dapat dilihat daripada flat-flat kenderaan yang pakir di sini.

Jika anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan, anda boleh menemui perkampungan ini melalui susur keluar Air Hitam. Belok ke kiri sehingga bertemu Simpang ke Pt Botak, iaitu jalan ke Senggarang. Habis Jalan Pt Botak anda akan menemui jalan ke Pontian. Belok ke kiri dan jalan terus sehingga berjumpa pekan Rengit. Bertanyalah penduduk di sana tentang lokasi kampung ini.

Jika anda lalu di Batu Pahat pula, jarak Rengit dengan Batu Pahat lebih kurang 30 km.

Pada mulanya aku mengajak famili ke sini untuk membeli speaker kereta Kancil kami.

Namun akhirnya booth kereta Iswara kami penuh dengan barang-barang ini. Beg James bond

yang cantik itu cuma berharga RM 10.00, NAMUN akhirnya beg itu diminati abang aku. Pada hal dia duduk di Rengit, tetapi setiap kali dia ke sini, jarang dia menemui beg yang diidamkan itu. Kipas angin tu harganya RM 25 sahaja.

Peminat-peminat PA Sistem pasti duduk lama di kedai ini

Barang baru sampai dari Singapura, tetapi Speaker kereta tetap tidak kelihatan. Belum rezeki kami lagi…

Perabot pun banyak terdapat di sini. Perabot jati pun ada. Tetapi anda harus pandai tawar-menawar.

Kalau nak beli perabot kena sewa lorilah beb! Booth kereta manalah muat!

TV ni berharga RM 500.00. Jaminan tanggung sendiri le!

Adik-adik boleh borong basikal ini. Harganya dalam lingkungan RM 30-60

Barang-barang terpakai ada peminatnya sendiri. Kalau anda golongan elit mungkin anda tidak berminat dengan barang-barang seperti ini. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Setengah kota di Eropah pun dengar khabarnya ada menjual barang terpakai, jual di kota besar lagi

Ramai pelanggan, entah datang dari mana-mana

Aku ingat lagi Cikgu Osman Bongsu yang kini menjadi Senator merupakan penduduk asal kampung ini.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN……

UPDATE BLOG DENGAN GAMBAR TERKINI: 29 SEPT 2012………………….
















ENTRI TENTANG INI TELAH DILAYARI OLEH 9000 PELAWAT, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS KUNJUNGAN ANDA…..Cuma kedatangan terkini saya di situ, menyaksikan harga barang di situ turut naik macam peniaga Malaysia yang lain….mereka pun dah mula demand jugak…

Source

https://matsomherbs.blogspot.com/2009/09/berkunjung-semula-ke-rengit-pusat.html

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com