Bisnes Online: Apa dan Bagaimana Nak Mula

Bisnes Online: Apa dan Bagaimana Nak Mula

Sekarang nie ramai orang nak coba-coba buat bisnes online. Tetapi apa dia yang dikatakan bisnes online ni yang sebenar-benarnya? Bisnes jual komputer kah, ataupun jual top-up telefon?

Yang ramai tahu ialah bisnes online ialah yang guna internet. Kalau guna facebook tu macam mana pula?? Ohh.. itu lain, yang jual barang dalam facebook tu kategori bisnes errr… hmm.. entah lah… hehe…

Sesiapa yang menjawab jual barang dalam facebook tu kira sama juga dalam kategori business online, kira dah betul lah tu. Dan, sama juga lah dengan apa-apa jualan barangan atau perkhidmatan pun yang dipromosikan melalui mana-mana platform media sosial yang lain – instagram ke, pinterest ke, whatsapp ke, dan bermacam-macam lagi termasuklah yang guna website atau blog berbayar atau blog percuma.

Bisnes online nie daripada segi persamaan adalah sama juga sepertimana bisnes offline. Ada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan; ada pembeli dan ada penjual. Yang bezanya ialah “KEDAI”. Kat sinilah ciri utama yang memberi gelaran “online” tu kepada istilah ‘bisnes online’. “Kedai” nya di alam maya! Ciri-ciri yang tersebut juga mempunyai banyak kelebihan terutama bagi yang baru nak mula berniaga dan tak punya modal yang besar.

Sepintas lalu mari kita lihat kelebihan atau perbezaan di antara bisnes online dan offline.

1. Sewa kedai dah banyak jimat! – bisnes online tak perlu ada kedai sendiri. Boleh iklan barang atau perkhidmatan melalui internet jer. Bisnes offline pulak kena ada kedai kalau tidak sukar untuk pelanggan nak buat belian dan sebagainya.

2. Pekerja – Bisnes online boleh buat sendiri-sendiri jer tak perlu pakai pekerja. Buat secara part-time pun takpe sebab bila dah ada website atau iklan dalam internet, pelanggan boleh buat tempahan dan kita boleh uruskan pembungkusan dan penghantaran pada waktu malam selepas balik dari pejabat.

3. Pasaran – pasaran untuk bisnes online sangat besar – seluruh dunia asalkan tempat tu ada internet. Bisnes offline selalunya pasaran terhad kat kawasan lokasi kedai jer. Kalau promosi tak ada, tak ramai orang tahu tentang bisnes yang kita jalankan.

So, kalau kita lihat pada kos sewa kedai dan pekerja sahaja dah banyak yang kita boleh jimat especially sementara perniagaan kita nak maju.

Bayangkan kalau sewa sebulan dah RM500 campur seorang pekerja lagi RM500, dah jadi RM1,000 belanja tetap tiap-tiap bulan. Kalau tak ada satu pun barang yang kita jual dalam tiga bulan pertama (selalunya begitu lah), alamatnya dalam tiga bulan kita dah rugi RM3 ribu! Itu belum kira bil api/air dan peralatan kedai lagi tuh.

Jadi, ambillah peluang di zaman teknologi nie untuk menggunakan internet untuk berniaga. Belajar sikit-sikit untuk buat website dan cara nak buat promotion melalui internet. Yang pentingnya kita ada barang yang berkualiti untuk dijual.

Kalau tak tahu buat website pun atau tak sanggup nak bayar orang lain untuk buat website tak mengapa. Boleh jalankan promosi melalui facebook atau ruangan forum yang berlambak kat dalam internet tu.

Susah-susah sangat tulis serba sedikit butiran pasal barang yang kita ada, letak gambar yang cantik-cantik dah tu email jer kat kawan-kawan. Kalau diaorang tak nak beli pun takpe cuma minta diaorang tolong forwardkan email tu kat kawan-kawan diaorang pulak. Sebaik-baiknya berikan juga komisyen kepada sesiapa yang berjaya promote barang anda.

nota: Perlu difahami juga bahawa penjual yang buat bisnes offline, pada masa yang sama mungkin juga turut berniaga secara online melalui tawaran jualan barang atau perkhidmatannya secara online.

 

Source

Translated by Norsanina https://lamanwebjenamaanda.wordpress.com/

Nowadays many people want to try online business. But what is he really saying about this online business? Do you sell computers, or do you sell top-phones?

Most people know that online business is the internet business. How to use facebook like that ?? Ohh .. that’s another one, who sells stuff on facebook in the errr business category … hmm .. somehow … hehe …

Anyone who responds to the sale of goods on facebook is the same in the online business category, that’s right. And, just as with any sales of goods or services promoted through any other social media platform – instagram to, pinterest to, whatsapp to, and much more including paid websites or free blogs or free blogs .

The online business in this sense is the same as the offline business. There are goods or services offered; there are buyers and there are sellers. The difference is “SHOP”. Here is the main feature that gives the term “online” the term ‘online business’. His “shop” is in cyberspace! These features also have many advantages, especially for those just starting out in business and not having much capital.

At a glance let’s look at the advantages or differences between online and offline businesses.

  1. Store rentals are a lot of savings! – online business does not have to have its own shop. Can advertise goods or services over the internet. The offline business should have a store if it is not difficult for customers to make purchases and so on.
  2. Employees – Online businesses can do their own work without the need for employees. Do it part-time though because when you have a website or advertisement on the internet, customers can make reservations and we can arrange packing and delivery in the evening after returning from office.
  3. The market – the market for online business is huge – worldwide as long as it has internet. Offline business is usually a limited market in the area of ​​the mall. If there is no promotion, not many people know about the business we run.

So if we look at the cost of renting our shops and employees we can save even more while our business is thriving.

Imagine that a month’s rent is RM500 plus an employee for another RM500, and that is RM1,000 fixed monthly rent. If we didn’t sell anything in the first three months (usually so), the address in three months would cost us RM3,000! It doesn’t matter what the fire / water bill and the store equipment are.

So take the opportunity in today’s technology age to use the internet for business. Learn a little about website development and how to promote online. The important thing is that we have quality goods for sale.

If you don’t know how to make a website or can’t afford to pay someone else to create a website it’s okay. You can run promotions through facebook or forums that pop up on the internet.

The hard work is to write a few details about what we have, put up a nice picture and email it to friends. If he doesn’t want to buy it then just ask him to forward the email to his friends. It’s also a good idea to give commissions to anyone who successfully promotes your goods.

note: It should also be noted that sellers who make business offline, at the same time may also trade online through the offer of selling their goods or services online.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com