Cara berniaga BENGKEL KERETA DAN MOTORSIKAL- 089 vendormallz

Cara berniaga BENGKEL KERETA DAN MOTORSIKAL- 089 vendormallz

Saya ada sorang kawan wanita. Dia cakap yang beliau tidak pernah tahu bagaimana untuk pam angin di tayar kereta, apatah lagi untuk tambah air di dalam tangki kereta. Pernah tak anda dengar rakan atau sahabat anda mengakan sebegitu? Jika pernah inilah masa anda untuk menjaja kepandaian anda.  Anda boleh terus buat iklan dan sebarkan kepandaian anda. Anda boleh start buat promosi seperti 10 checkpoint untuk wanita menjaga kereta mereka. Kemudian anda letakkan harga perkidmatan anda. Pasti ada wanita atau lelaki yang mememerlukan khidmat anda.

Saya tinggal di Petaling Jaya. Di tempat tinggal saya ada orang yang menjual ikan yang sudah siap di siang dan di cuci, beliau menjual melalui group telefon di kawasan kejiranan. Ramai yang membeli dari beliau. Orang yang membeli pula bukannya tidak pandai nak besiang ikan. Cuma mereka tak ada masa nak buat semua benda. Jadi anda pun boleh berniaga dengan apa yang ada di sekeliling anda.

Berbalik semula kepada pekerjaan bengkel kereta dan motorsikal. Untuk melakukan pekerjaan ini, kita mestilah ada pengalaman di dalam bidang ini kerana ia melibatkan enjin dan beberapa bidang elektronik yang lain. Cara terbaik untuk belajar mengenai pekerjaan ini ialah dengan cara mncari pengalaman dahulu. Anda boleh mula dengan bekerja secara part time di bengkel kereta dan motor dahulu. Mencari pengalaman memang penting kerana kita tidak mahu perrkara yang buruk berlaku semasa pelanggan kita menaiki motor dan kereta yang kita repair tanpa pengalaman, dan ini melibatkan nyawa orang.

Jika anda berminat untuk belajar menukar tiub motor dan menukar bateri kereta, saya ada juga membuat video untuk anda rujuk. Saya buat video ini suka suka sahaja dan untuk rujukan diri saya sendiri. Video cara tukar bateri kereta:

Video cara tukar bateri kereta :

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com