Cara berniaga BISNES AIR MINERAL- 090 vendormallz

Cara berniaga BISNES AIR MINERAL- 090 vendormallz

BISNES AIR MINERAL

Memulakan bisnes air mineral, air bertapis, air RO, air alkali. Saya ada seorang rakan yang memulakan bisnes air alkali dari rumah. Bagaimana dia memulakan bisnes air beralkali ini? Saya tidak bertanya dia bagaimana modus operandi dia melakukan bisnes ini. Tapi apa yang saya perasan tentang rakan saya ni, dia akan buat group WhatsApp, dan setiap hari dia akan kongsikan kebaikan meminum air beralkali. Dia akan bertanya di dalam group WhatsApp, jika ada sesiapa yang berminat untuk mencuba air beralkali di rumah. Kemudian dia akan membuat penghantaran air percuma untuk kita cuba. Modal dia besar juga rasanya sebab dia menggunakan tong air 5 liter. Bukan tong air jernih yang jenis isi air mineral yang terjual di pasaraya, tetapi tong air yang tebal. Lama lama baru saya tahu yang dia menggunakan mesin untuk menukarkan air biasa kepada air beralkali. Mesin jenis ni agak mahal jika kita nak membeli nya sendiri. Rasanya lebih dari seribu ringgit. Saya pernah membuat market survey untuk mesin air beralkali ni, banyak brand yang menjual mesin ini menggunakan cara direct selling atau pun jualan menggunakan kalatog. Harapan saya semoga satu hari nanti rakan saya ni dapatlah menjual produk dia menggunakan sitem pembotolan yang sesuai. Ataupun dia boleh membuat sistem membership untuk dia supply air ini dari rumah ke rumah. Sebab bukannya ramai orang mampu untuk keluarkan duit dalam jumlah yang besar untuk membeli mesin menukarkan air biasa kepada air alkali.

Cara kedua untuk anda menjual air mineral dan pelbagai jenis air lagi. Saya cadangkan anda menghubungi pengeluar air ini untuk menjual kepada anda secara borong dan membotolkan kepada anda menggunakan jenama anda sendiri. Saya ada lagi satu rakan yang ada mempunyai kilang air mineral. Orang melayu bumiputra. Dia cakap harga yang dia mampu beri kepada kita adalah lebih mahal dari harga yang kita lihat di pasaraya jenis borong. Saya tanyakan juga kepada dia, jika harganya agak mahal dari harga di pasaraya borong, macam mana kita nak bersaing? Dia cakap mereka sebagai pengeluar terpaksa tunduk kepada permintaan dari pasaraya borong kerana memerka membeli di dalam jumlah yang banyak dan satu lagi persaingan untuk bidang air mineral ini sangat sengit. Pada pengamatan saya, industri air mineral ini di monopoli oleh satu atau dua syarikat sahaja. Jika anda mengamati betul betul, Pengilang seperti ini akan menjual beberapa jenama tetapi semua produknya berasal dari satu kilang. Untuk kita bersaing di dalam bidang ini, satu satu cara terbaik yang saya boleh fikirkan ialah dengan meletakkan jenama kita sendiri di produk jualan kita dan meningkatkan kualiti servis kita. Sebab bukan semua pelanggan melihat pada harga semata mata. Kadang kadang dia orang akan menjadi pelanggan setia sebab kita tawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas. Anda boleh refer kepada perenggan awal saya di mana seorang rakan saya menghantar air beralkali dari rumah ke rumah. Insya Allah akan ada rezeki anda.

Anda ingin mengiklan produk anda di sini? Sila berhubung denga kami melalui borang yang tersedia.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com