Cara berniaga BISNES AISKRIM MALAYSIA- 091 vendormallz

Cara berniaga BISNES AISKRIM MALAYSIA- 091 vendormallz

BISNES AISKRIM MALAYSIA

Anda ingat lagi tak kali pertama makan ais krim Malaysia? Ada tak yang tak kenal dengan aiskrim Malaysia? Bagi yang tak pernah rasa aiskrim ni, saya beri sikit clue apa sebenarnya aiskrim Malaysia ni. Kalau di kampung saya dalam 30 tahun yang lepas, maknanya tahun 1980 ya, kami akan membuat aiskrim ni mengunakan bubur kacang yang lebihan, ataupun yang berbaki sebab tak habis makan, untuk mengelakkan pembaziran, kami akan letakkan di dalam plastik, ada plastik yang panjang dan ada plastik yang lebar seperti plastik makanan yang biasa orang guna untuk bungkus lauk dan air jenis bungkus ikat tepi. Plastik ini kami letakkan di dalam peti ais di bahagian beku. Selepas bubur ni dah beku, boleh lah kita ambil dan makan pada bila bila masa tanpa risiko bubur tadi akan basi.

Selepas itu saya tengok, ramai juga orang yang mula berniaga aiskrim Malaysia ini versi yang lebih bagus. Ada peniaga yang menjual airkrim Malaysia perasa Milo, perisa laici dan macam macam lagi. Selalu nya saya akan beli aiskrim ni waktu balik mengaji. Dulu dulu aiskrim ni di jual pada harga 10 sen sahaja.

Sekarang ni lagi banyak inovasi yang di buat oleh peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ada yang buat perasa oreo, perasa pandan, dan ada juga yang membuat corak corak di bahagian dalam plastik mengunakan coklat pekat untuk mencantikkan lagi jualan mereka. 

Jika anda adalah surirumah yang selalu ada di rumah, dan anda mempunyai masa terluang boleh lah mencuba membuat jualan seperti ini. Langkah permulaan, anda boleh membuat aiskrim ni perasa air Milo. Tapi jangan lupa cek harga pasaran dahulu sebelum berniaga, takut anda akan membazirkan masa anda, tetapi perniagaan tidak menguntungkan sebab salah kira harga kos.

Modal yang terlibat dengan penjualan aiskrim ini ialah, plastik aiskrim, milo, gula dan kadar penggunaan letrik kerana anda menggunakan peti ais untuk membekukan aiskrim ini. Anda boleh mula dengan resepi yang ringkas ini.

Resepi mudah dan ringkas :

– 1 tin (390ml/g) susu cair/sejat/segar/UHT

– 1 tin (500g) susu pekat manis

– 4 tin (1600ml) air

– 2 sudu besar tepung jagung/gandum (larutkan dengan 1/3 cawan air sejuk/biasa)

– 1 @ 2 paket oreo

– 2 paket sumi

– 2 paket choki-choki

– plastik aiskrim

Resepi dari LimaunipisOfficial  :

Tuan punya video ada facebook, boleh link dari sini:

https://web.facebook.com/limaunipisOfficial?_rdc=1&_rdr

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com