Cara berniaga dari rumah Menjual Ebook  – 096 vendormallz

Cara berniaga dari rumah Menjual Ebook – 096 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES MENJUAL EBOOK

Anda berminat menulis? Jika saya tanya soalan ini pasti ramai yang mengatakan tidak berminat kan. Jika saya tanya, adakah anda minat untuk berkongi minat dan bakat anda dengan orang lain? Mesti ramai yang cakap minat kan. Saya tak pasti apa jawapan anda. Tapi jika di beri peluang bercerita tentang minat saya, saya akan bercakap dan menulis untuk masa yang lama dan tanpa henti-henti.


Bisness ebook ini ialah bisnes yang boleh buat orang rasa sedikit keliru. Saya ada banyak juga ebook yang saya kumpul sebab saya melanggan sesuatu informasi dari website.


Kebanyakan ebook tidak tebal, ada yang cuma satu mukasurat dan selebihnya ialah gambar. Itupun dia orang panggil ebook.


Orang akan keliru kerana kebanyakan ebook di beri percuma. Bila orang beri ebook percuma apa yang dia dapat. Dapat penat sahaja kah? Saya ada jawapan untuk persoalan itu. Bila penulis itu sendiri mahu memberikan ebook itu secara percuma, maknanya dia suka nak berkongsi dengan orang lain akan minat dia, dia akan tulis/expresi tentang perkara yang dia selalu buat ataupun perkara yang dia memang ada hubungan rapat dengan produk tersebut. Sama tak dengan ayat saya tadi bahawa jika orang itu di beri peluang bercerita tentang minat mereka, mereka akan bercakap untuk masa yang lama dan tanpa henti-henti, sebab mereka suka perkara yang mereka cakap kan itu.


Jadi di mana keuntungan mereka? Kat bahagia ini lagi keliru, sebab ada yang buat sebab suka suka, ada yang buat sebab nak kumpul database, ada yang buat dengan niat dia nak anda kenal rapat dengan mereka. Apapun niat mereka, kita semua mendapat faedah dengan membaca ebook mereka. Jika kita tak baca dan mengambil apa apa tindakan selanjutnya, kita masih juga di kira beruntung kerana setiap ilmu yang daang kepada kita ialah rezeki untuk kita yang pandai menilai.


Artikel bisnes ebook ini saya tak nak huraikan lebih panjang, kerana saya berpegang kepada pepatah melayu yang satu ini, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Biasanya penulis ebook ini bukannya seorang penulis yang memang kerjayanya menulis, tetapi saya hormat mereka kerana ilmu yang saya dapat dari pembacaan ebook mereka (pendapat saya). Biarlah ayatnya tidak tersusun cantik, tidak berbunga bunga sampai terbelit, tetapi ia tetap dapat membuatkan kita faham akan isi yang nak di sampaikan. Saya rajin juga membeli ebook. Jumlah yang saya beli tidak banyak berbanding yang percuma. Anda bagaimana pula?

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com