Cara Membuka Bisnes Dobi Pakaian – 095 vendormallz

Cara Membuka Bisnes Dobi Pakaian – 095 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES DOBI  PAKAIAN DARI RUMAH

Bisnes dobi pakaian bukanlah satu jenis bisnes yang baru. Bisnes ini ada dari masa kita di jajah lagi (pendapat saya). Cuma perniagaan dobi pada masa itu di biat dengan cara mengambil pakaian/kain dari rumah orang yang berada, kemudian pakaiana itu di basuh, di seterika menggunakan seterika arang, ada juga pakaian yang di lipat. Kemudian pakaian ini di hantar kembali kepada tuan punya pakaian.

Pada zaman sekarang, kedai dobi layan diri dan menggunakan wang syiling di perkenalkan secara meluas. Jadi peniaga kedai dobi yang menjalankan perniagaan ini akan merasa terjejas dengan fenomena ini. Ada banyak cara mereka boleh meningkatkan jualan mereka. Topik meningkatkan jualan ini akan saya sambung di dalam blog saya nanti.

klik like dan subscribe untuk melihat video terbaru dari vendormallz.com

Kita berbalik kepada cara menjadi tuan punya kedai dobi yang menggunakan duit syiling. Modal untuk memulakan bisnes ini agak besar kerana anda perlu modal untuk membeli mesin basuh, mesin pengering, mesin tukar wang kertas kepada duit syiling, anda perlu menyewa lokasi yang sesuai dan macam macam lagi kos lain. Perkara ini tidak lah menjadi masalah besar bagi yang mempunyai kemampuan. Cuma jika nak berniaga secara kecil dan tanpa banyak menggunakan banyak modal, anda bolehlah mula dengan menggunakan modus operandi yang saya tulis di bahagian mula mula penerangan tentang kedai dobi ini. Anda boleh mula dengan cara mengambil pakaian dari rumah pelanggan, anda boleh pilih untk tolong cuci, atau pun anda boleh pilih untuk membuat khidmat lipat dan seterika baju.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com