Cara memulakan bisnes HOTEL HOMESTAY  – 097 vendormallz

Cara memulakan bisnes HOTEL HOMESTAY – 097 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES HOTEL HOMESTAY

Jika anda kaya dan wang bukanlah masalah bagi anda, adakah anda mahu membeli atau menyewa rumah dan membuat bisnes hotel homestay? Saya kan jawab ya untuk soalan ini.

Bagaimana anda boleh memulakan perniagaan ini? Pertama sekali anda mestilah ada tempat atau bilik untuk di sewakan. Anda boleh mulakan dengan memberi sewa bilik ataupun rumah yang anda miliki. Jika anda jenis yang lebih berani, anda boleh menyewa rumah rumah kosong untuk anda hias dan letak perabot supaya ianya nampak lebih selesa dan cantik untuk penyewa anda. Cuma konsep untuk menyewa sekarang sudah berubah mengikut kesesuaian zaman dan kehendak pengguna. Ramai yang memilih untuk menyewa mengikut kadar harian. Jadi mereka tidak rasa terikat untuk tinggal di satu tempat buat masa yang panjang.

Salah satu platfom yang menjadi pilihan ialah AirBnb. Konsep platform ini mudah sahaja. Anda cuma perlu upload gambar property/ruang yang akan anda sewakan. Sistem yang ada di dalam platform ini akan bertanyakan anda bilakah tarikh yang ada untuk pelanggan anda mula menyewa. Kemudian anda akan isi semua pertanyaan di dalam platform ini. Anda boleh mempromosikan sendiri ruang yang bakal anda sewakan dan anda juga boleh duduk diam dan tunggu sahaja pertanyaan dari bakal pelanggan anda. Kebanyakan masa anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan juga, sebab anda akan letak kunci rumah anda di satu lokasi yang anda akan beritahu pelanggan anda dan mereka akan ambil kunci rumah sendiri dan masuk ke tempatyang mereka sewa itu. Saya sendiri tidak pernah memebuat tempahan ini, tetapi adik saya pernah menempah apartment di Cameron Highland, mereka mengambil kunci rumah dari dalam peti surat yang berada di lokasi tempat mereka hendak sewa. Cuma anda jangan salah faham, kerana kunci rumah ini bukanlah selalu ada di dalam peti surat. Kunci rumah itu akan di letakkan oleh penjaga ataupun tukang cuci rumah tersebut. Tuan punya apartment ini sebenarnya sudah membuat perancangan dengan orang yang mengambil upah mencuci rumah tersebut untuk meletakkan kunci tersebut di dalam peti surat. Bila tempoh sewaan tersebut sudah tamat, adik saya akan meletakkan semula kunci rumah tersebut di tempat yang dia ambil. Maka, sudah selesailah satu proses menyewakan rumah tersebut untuk masa 2 hari. Nota untuk anda yang mahu terlibat di dalam perniagaan jenis ini, anda mestilah mempunyai akaun bank untuk menerima bayaran melalui online dari syarikat dan individu yang menyewa hartanah anda.

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/EAKS/coachnina2

Perniagaan jenis ini ada juga risiko ya, antara risiko yang anda akan dapat ialah rumah anda rosak dan kotor. Sekiranya anda menggunakan khidmat AirBnb ini atau mana syarikat lain, sila buat komplen kepada syarikat itu setiap kali anda mengalami kerosakan kerana syarikat yang sebegitu akan membayar balik sejumlah amaun duit untuk membantu anda membaikpulih hartanah anda, walaupun kadang kadang kadar wang pampasan yang anda terima tidak banyak untuk menanggung kerugian anda. Tetapi di dalam perniagaan akan ada risiko sebegini, kita cuma perlu sabar dan mencari jalan untuk meminima kan kerugian kita.

Saya berikan link untuk anda baca terma cara menggunakan perkhidmatan ini.

https://www.airbnb.com/

Anda mempunyai produk untuk di iklan kan di website kami?

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/EAKS/511

Affiliate link : https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/EAKS/511

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/EAKS/coachnina2

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com