Cara memulakan bisnes KITAR Semula  – 099 vendormallz

Cara memulakan bisnes KITAR Semula – 099 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES BAHAN KITAR SEMULA  

Kedengaran seperti pelik kan jika orang yang mengutip sampah untuk di kitar semula juga boleh menjadi jutawan. Tapi jangan lah kita berasa pelik sangat sebab walau apapun kerja yang kita buat, pasti ada jalan untuk kita mengumpul kekayaan.

Baru baru ni melata di serata berita samaada secara online dan offline mengatakan ada satu buku di tulis mempunyai tajuk berbunyi begini, “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan – The amazing of sedekah”.

Saya belum baca buku ini. Jadi tak dapatlah nak komen tentang jalan cerita buku ini. Kita berbalik kepada cerita cara nak menjana pendapatan dengan cara jual beli baranf kitar semula. Ada banyak barang yang kita boleh kitar semula. Saya senaraikan satu persatu, minyak masak, kertas, plastik, besi dan lain lain barang yang boleh di ubah suai untuk kegunaan lain.

Kita mula dengan bisnes kitar semula minyak masak. bisnes ini tidak memerlukan modal duit yang banyak, Cuma kita perlu lunagkan banyak masa untuk pergi mencari restoran, dan tempat makan dan tempat memproses makana yang menggunakan menggunakan minyak masak sebagai bahan utama. Anda perlu bertanya mereka, jika mereka berminat untuk menjual minyak masak terpakai mereka. Anda juga boleh bertanya mereka jika mereka nak beri anda secara percuma, jika mereka tidak beri kepada anda secara percuma pun, mereka masih perlu untuk buang minyak masak terpakai ini secara selamat, mereka terpaksa menanggung kos yang lebih jika mereka memilih untuk melupuskan minyak masak ini sendiri. Biasanya syarikat makanan ada mempunyai mesin perangkap minyak mereka sendiri. Jadi jangan buang masa anda untuk mencari bisnes di restoran makanan segera. Anda boleh cuba di tempat lain. 

Apa anda nak buat dengan minyak masak terpakai yang anda kumpul? Jawapanya saya ada dua, satu anda boleh jual kepada kilang yang memang perlukan minyak ini untuk di proses menjadikan minyak ini barang lain. Tetapi jangan terkejut jika di dalam proses ini anda terjumpa dengan kilang yang membeli minyak terpakai ini untuk di jual semula sebagai minyak masak untuk kegunaan menggoreng makanan juga. Ada juga teknologi untuk membersihkan minyak ini, sebab mereka tentunya tidak akan membazir di dalam perniagaan mereka, mesti nak untung. Minyak minyak ini juga boleh di proses menjadi ketulan untuk di buat lilin. Jika anda berminat untuk membuat lilin sendiri, sila buat carian cara memebuat lilin mengunakan minyak masak. Ada banyak juga kegunaan minyak terpakai, tapi kita fokus kepada bagaimana menjana pendapatan sebagai peniaga kitar semula di dalam buku ini.

Untuk benda lain yang boleh anda kitar semula seperti kertas, plastik, besi dan lain lain barang yang boleh di ubah suai untuk kegunaan lain anda boleh mencari kedai pembeli barang lusuh dan besi buruk. Harga yang mereka ambil sangat murah, sehingga anda mesti mencari banyak barang untuk mendapat untung yang sedikit.

Saya kongsikan kepada anda tips yang saya perolehi dari salah seorang rakan saya yang tinggal di Klang, Selangor. Beliau tinggal di kawasan kampung, jadi tak banyak peluang untuk bekerja, beliau ada memulakan bisnes kutip sampah dari rumah ke rumah di dalam kampung beliau. Satu rumah dia akan cas rm30 sebulan untuk beliau kutip sampah setiap hari (harga RM30 tu contoh sahaja, anda boleh letak berapa harga yang anda rasa sesuai untuk khidmat anda mengikut kesesuaian). Beliau istiqomah dan consistent buat kerja itu sampai beliau mampu beli lori yang besar untuk meluaskan kawasan perniagaan beliau. Sekarang beliau sudah kaya raya dan bisnes juga berkembang setiap hari.

Rahsia beliau ialah setiap kali beliau dapat satu pelanggan, beliau akan pesan supaya mengasingkan sampah basah dan sampah kering. Jika sampah basah beliau ada pilihan untuk buang di dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan ataupun beliau boleh proseskan untuk menjadi baja. Bahagian sampah kering pula beliau akan lihat jika bahan ini boleh di jual atau digunakan untuk prkara lain, beliau akan selamatkan dan repair barang tersebut. Dapat duit lagi kan. Jadi beliau kumpul duit hasil yuran mengutip sampah, dan duit jualan barang lusuh. Agaknya beliau boleh jadi kayakah dengan cara ini. Memang boleh jadi jutawan. Pada masa yang sama juga khidmat beliau membantu rakyat setempat untuk mendapat kesedaran supaya mengasingkan sampah dari puncanya. Jimat kos kerajaan untuk educate rakyat. Dapat duit dan dapat pahala juga. Anda berani tak buat kerja macam ni? Saya tak cabar anda, cuma jika di beri pilihan di dalam  hidup, saya tetap nak buat kerja yang saya minat. Jika anda ada minat sebegini, eloklah di teruskan. Pupuk minat anda, pasti ada kejayaan.

Anda mempunyai produk untuk di iklan kan di website kami?

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com