Cara memulakan bisnes komputer – 100 vendormallz
Tempah Website Anda

Cara memulakan bisnes komputer – 100 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES KOMPUTER 

Apa sebenarnya bisnes komputer ini? Bisnes ini sebenarnya melibatkan jual beli komputer, laptop dan barang barang keperluan lain berkait rapat dengan penggunaan komputer.

Untuk memulakan bisnes ini anda perlu ada pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang ini kerana anda pelu kenal dengan benda yang pelanggan anda order atau tempah. Sekurang kurangnya anda pernah buka dan tengok isi di dalam perut komputer. Tapi jangan buka monitor ya, sebab nak repair komputer dan komputer gayanya tak serupa.

Sebab apa anda perlu ada pengalaman ialah bukanya apa, takut anda tersalah supply barang, nanti pelanggan marah dan tak yakin dengan anda. Cara untuk berniaga komputer ni agak mudah sebenarnya. Pertama anda perlu pilih sama ada nak mula berniaga komputar baru atau komputer yang terpakai dan sudah di baik pulih untuk di gunakan semula. Kira macam bisnes kitar semula juga. Cuma kali ini kita akan mengkhususkan kepada satu jenis barang. Saya ada seorang rakan yang yang menjual komputer terpakai secara part time. Beliau akan mengambil stok dari satu supplier yang mengimport komputer dari luar negara. Kemudian beliau akan mula buka komputer tersebut dan tambah beberapa alatan dan software yang terkini untuk menjadikan komputer itu sesuai di gunakan di dalam tahun yang kita beli. Beliau akan masukkan software yang asas untuk komputer itu berfungsi. Kemudian yang paling penting ialah support atau khidmat penyelenggaraan.

Beliau akan menawarkan tempoh warranty selama sebulan dari tarikh pembelian di buat, jadi jika ada masalah boleh terus call penjual yang menjualkan komputer itu kepada anda. Biasanya masalah yang kecil boleh di selesaikan dengan hanya menggunakan panggilan telefon.

Saya sendiri pun membeli laptop yang terpakai di dalam tahun 2016. Sewaktu saya beli laptop tersebut ia sudah berusia lebih dari 5 tahun, maknanya saya beli produk yang terlalu lama. Tetapi laptop tersebut masih ok dan berkeadaan baik lagi walaupun sudah berusia lebih dari 10 tahun. Cuma kena selalu upgrade spare part di dalam laptop untuk memastikan ia cergas dan pantas bekerja untuk saya. Kesimpulanya di dalam bisnes ini kita mesti mencari supplier yang sesuai dan kita mestilah menyediakan perkhidmatan yang bagus. Di dalam kebanyakan waktu, pelanggan tidak membeli dari kita ialah kerana mereka tidak yakin dengan khidmat kita. Jika kita memberikan warranty yang bersesuaian pasti mereka akan tertarik untuk membeli dengan kita. Sebelum saya terlupa nak beritahu harga pembelian laptop itu ialah MR400. Anda bayangkan saya gunakan lebih kurang sudah 5 tahun. Sungguh berbaloi pembelian barang terpakai ini. Jadi apa yang patut anda buat sekarang? Anda perlu mencari supplier yang boleh memberikan anda harga yang sesuai dan mulakan langkah anda mencari pelanggan menggunakan khidmat laman sosial yang percuma seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

English Translation :

Work From Home

COMPUTER BUSINESS
What exactly does this business do? This business actually involves the sale of computers, laptops and other essentials related to the use of computers.
To start this business you need to have knowledge and experience in this field as you are familiar with the things your customers order or book. At least you’ve opened it and seen the contents of your computer. But do not open the monitor, because the computer repair and computer style are not the same.
The reason you need to have experience is not open what you are, fear of losing the supply, then customers will be angry and unsure of you. The way to do business with this computer is simple. First you need to decide if you want to start a new computer or a used computer and have it repaired for reuse. It looks like a recycling business, too. Only this time we will specialize in one type of item. I have a friend who sells used computers part time. He will take stock from a supplier that imports computers from abroad. Then he will start to open the computer and add some of the latest tools and software to make it suitable for use in the year we buy. He will include the basic software for the computer to work. Then the most important is support or maintenance services.
They will offer a warranty period of one month from the date the purchase is made, so if you have a problem call the seller who sold the computer to you. Usually a small problem can be solved using just a phone call.
I even bought a used laptop in 2016. When I bought the laptop it was over 5 years old, which meant I bought a product for too long. But the laptop is still ok and in good condition even after 10 years of age. I just have to constantly upgrade the spare part in my laptop to make sure it works and works well for me. The conclusion is that in this business we must find the right supplier and we must provide good service. Most of the time, customers do not buy from us because they do not trust our service. If we provide the appropriate warranty they will surely be interested in buying with us. Before I forget to tell you the price of the laptop is the MR400. You think I used it for about 5 years. It’s really worth buying this second hand. So what should you do now? You need to find a supplier who can give you the right price and start your search for customers using the free social networking services like Facebook, Instagram and Twitter.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com