Cara memulakan Perniagaan Makanan –  Cucoq Kembung – Resepi R01

Cara memulakan Perniagaan Makanan – Cucoq Kembung – Resepi R01

JENIS PERNIAGAAN MODAL KECIL

RESEPI MEMBUAT KUIH CUCOQ KEMBUNG  

Resepi Cucoq Kembung Manis

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar gula (Boleh kurangkan kepada 2 sudu)
1/2 sudu besar garam halus

Cara membancuh
Masukkan tepung gandum di dalam bekas.
Tuang air mendidih sedikit demi sedikit, kacau sehingga menjadi doh adunan supaya anda boleh bentukkan nanti.

Selepas itu ambil adunan sedikit demi sedikit dan buat bentuk bulat bulat kecil, sekiranya adunan melekat, tuangkan sedikit minyak masak.

Untuk memudahkan kerja, anda boleh pakai pakai sarung tangan plastik, sebab nanti tepung adunan akan melekat di jari, menyebabkan susah untuk menjadi bentuk bulat

Panaskan minyak untuk mengoreng, dan masukkan adunan yang anda sudah siap menjadi bulat bulat

Apabila sudah masak cucoq akan kembung dan menjadi bentuk bulat yang cantik.

Siap untuk di makan. Anda juga boleh berniaga cucoq ini dengan cara mencucukkan ke batang lidi. Supaya nampak macam satay. Anda boleh letak 5 ketul di dalam satu lidi.

Satu cucuk lidi ini boleh di jual pada harga RM1. Terpulang kepada anda untuk meletakkan harga cucoq anda.

Salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan anda ialah dengan meletakkan cucoq anda ini di beberapa kedai makan. Biasanya cucoq ini akan di makan di waktu pagi. Pastikan anda kutip duit hasil jualan anda setiap hari dari kedai makan yang anda tumpang letak/jual produk anda. Supaya anda ada modal untuk berniaga pada besok harinya.

Nota : Gambar cucoq kembung tidak sempat di ambil, jadi kami gunakan gambar cekodok sahaja.

Anda mempunyai produk untuk di iklan kan di website kami?

English Translation

Sweet Cucoq Kembung Recipes

2 cups flour
2 cups boiling hot water
3 tablespoons sugar (Can reduce to 2 tablespoons)
1/2 tsp fine salt

How to mix
Put the flour in the container.
Pour boiling water gradually, stirring until dough becomes sticky so you can make a round shape later.

Then take the dough little by little and make a small round shape, if the dough is sticky, pour some cooking oil.

To make things easier, you can wear plastic gloves, because later the dough will stick to your finger, making it difficult to form a round shape

Heat the oil to a frying pan, and add the batter you are ready to turn into round

Once cooked cucoq will bloom and become a beautiful round shape.

Ready to eat. You can also trade this cucoq by dipping it into a stick. So it looks like something. You can put 5 taps in one blade.

This one toothpick can be sold for RM1. It’s up to you to put your cucoq in price.

One way to grow your business is to put your cucoq in several eateries. Usually this cucoq will be eaten in the morning. Make sure you collect money on your daily sales from the eateries where you place / sell your products. So that you will have the capital to do business tomorrow.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com