Cara memulakan perniagaan BISNES JUAL PREPAID & RELOAD – 102 vendormallz

Cara memulakan perniagaan BISNES JUAL PREPAID & RELOAD – 102 vendormallz

IDEA BERNIAGA SECARA KECIL KECILAN

BISNES JUAL PREPAID & RELOAD

Saya pernah tinggal di flat kerajaan, saya menyewa pada kadar RM124 sebulan. Flat yang saya huni ada mempunyai 18 tingkat, semua blok yang ada ialah 8 kesemuanya bermula dari blok A sampai blok H. Kedai runcit tidak banyak, penduduk terpaksa keluar ke pekan Kelana Jaya untuk mendapatkan barang keperluan. Perkara ini mendatangkan kesusahan kepada penduduk yang rata ratanya tidak berkemampuan. Mereka tidak dapat keluar membeli barang keperluan, mereka cuma berharap untuk membeli barang barang dari kedai runcit.


Apa yang saya nak tulis di sini ialah jika saya mempunyai bisnes yang boleh di mulakan dari rumah, seperti bisnes menjual prepaid dan top up, pasarannya amat luas, bukan sahaja saya boleh menjual kepada jiran tetangga saya yang berjumlah beribu ribu orang, tetapi saya juga boleh menjual kepada pasaran seluruh Malaysia. Modal untuk memulakan bisnes ini tidak besar, cuma beberapa ratus ringgit. Modal ini melibatkan penyewaan mesin untuk mendapatkan top up/nilai kredit. Ada lagi satu cara ialah dengan menggunakan sistem ejen. Kita boleh mendapatkan pelanggan dahulu sebelum kita memiliki mesin top up ini. Kita akan salurkan semua jualan kepada upline kita dan mereka akan membantu kita untuk mendapatkan kod tambah nilai/top up itu. Kita akan mendapat komisen dari upline kita. Perniagaan top up ini biasanya dilakukan secara multi level marketing dan sistem jualan langsung.


Saya ada seorang beberapa rakan yang menjalankan perniagaan sebegini. Antara syarikat yang mereka wakili ialah Tone Wow dan One XOX. Saya yakin ada beberapa lagi jenama yang anda boleh cari melalui carian di Google.

http://www.onexox.my/

BISNES ROTI DAN BAKERI

Bisnes membuat roti dari rumah biasanya di ceburi oleh suri rumah. Itu tanggapan saya. Mungkin ianya benar mungkin juga tidak sebab di zaman ini ramai juga lelaki yang menceburi bidang ini. Jadi jantina tidak penting untuk memulakan perniagaan ini.


Saya ada juga cuba membuat roti dari rumah, kebanyakam masa roti saya akan menjadi walaupun resepi itu cuma di ambil dari internet. Membuat roti tidaklah susah, cuma sayarasa ianya remeh sedikit kerana anda perlu bancuh adunan dan tunggu sehingga ia kembung sedikit dari saiz asalnya. Biasanya mengambil masa selama 45 minit. Kemudian anda perlu uli lagi dan tunggu lagi 30 minit untuk adunan itu siap untuk di bakar. Kemudian tunggu lagi sampai ia masak. Sejukkan sebentar dan boleh di makan ataupun bungkus untuk di jual. Ramai yang tidak sabar di dalam proses ini. Termasuklah saya sendiri. Saya lebih rela memasak biskut dan kek. Tapi tak apa, untuk faedah kita bersama saya kongsikan resepi yang saya selalu gunakan untuk membuat roti. Mana lah tahu anda boleh mencuba dan berniaga dengan resepi yang saya beri ini.
Resepi :
Roti Bun Bawang Putih
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuat
Siap kan air suam di dalam cawan, masukkan separuh sudu kecil tepung gandun, separuh sudu kecil gula,masukkan yis. Setelah yis berbuih, anda masukkan bancuhan yis di bekas yang sudah siap tersedia tepung, dan garam.

Anda uli selama 10 sampai 15 minit sehingga adunan sebati dan cantik. Tambahkan minyak zaitun di dalam adunan ini. Uli kan lagi bersama minyak zaitun. Jika susah nak uli kerana ada minyak, anda boleh gunakan senduk kayu. Kemudian tutup adunan ini dengan kain basah. Pastikan kain basah tidak kena menyentuh adunan anda. Tunggu selama 45 minit dan kemudian anda uli lagi adunan ini. Ambil adunan ini dan buat kan bulat bulat untuk anda letak di dalam loyang. Tunggu sehingga adunan naik sedikit. Kemudian anda boleh bakar roti ini pada 170 darjah selsius selama 20 hingga 25 minit.

Setelah roti anda masak, boleh lah anda letakkan sapuan bawang putih di atas roti anda.

Resepi Butter Bawang Putih
50 gm butter (butter pada suhu bilik supaya mudah di gunakan)
3 ulas bawang putih
2 pokok daun ketumbar
Sedikit lada hitam
Potong bawang putih kecil kecil, campurkan dengan semua bahan yang tersedia.

Itulah sahaja perkongsian saya untuk yang mahu memulakan bisnes membuat roti dari rumah.

Anda boleh rujuk di sini untuk lebih banyak resepi:

Link kepada resepi
BISNES SALUN RAMBUT

Upah untuk menggunting rambut ialah RM15, jika ada orang yang datang mengguting rambut dari rumah ke rumah. Jika anda rajin berjalan dari rumah ke rumah pasti anda akan mendapat pendapatan yang lumayan.
Cuba bayangkan jika di di dalam satu rumah ada beberapa orang yang perlukan khdmat anda. Terutama pelanggan wanita. Jika mereka berhijab, agak susah juga mereka untuk mencari salun yang mesra muslimah.


Saya kongsikan di sini cara untuk anda mencari kepandaian di dalam bidang menggunting rambut dan menggayakan rambut seperti seorang pekerja di salun. Saya sebutkan pekerja sebab selalunya tuan punya salun juga terlibat di dalam menggayakan rambut pelanggan.

Ada juga syarikat swasta yang terlibat menyediakan kelas kelas untuk anda medapatkan sijil untuk melayakkan anda bekerja sebagai jurudandan rambut. Perjalanan untuk anda belajar ialah agak jauh dan panjang tetapi ianya amat berbaloi.  

Semasa saya menjadi tuan punya butik di Shah Alam, saya berjiran dengan sebuah salun mendandan rambut muslimah. Saya selalu bersembang dengan tuan punya butik muslimah itu. Saya tanyakan dia, bagaimana dia boleh bermula untuk menjadi tukang gunting rambut. Dia cakap yang dia pergi belajar di kelas kelas yang di sediak oleh agensi kerajaan seperti MARA. Beliau juga ada belajar dari kolej swasta untuk mendapatkan sijil. Beliau bermula dari mengunting rambut dari rumah ke rumah.

Kemudian apabila beliau sudah memiliki wang simpanan yang mencukupi baru beliau menyewa rumah untuk di jadikan sebagai salun yang beroperasi dari rumah. Selepas memiliki jumlah pelanggan yang mecukupi baharu lah beliau membuka salun yang berjiran dengan kedai butik  baju saya. Modal untuk berniaga gunting rambut dari rumah ke rumah ini sebenarnya ialah gunting dan kepakaran anda. Untuk yang pandai menggunting rambut, beranikah anda memulakan cabaran ini.  

Anda mempunyai produk untuk di iklan kan di website kami?

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com