Cara Memulakan Perniagaan Pertama Anda. Tip berniaga vendormallz A01

Cara Memulakan Perniagaan Pertama Anda. Tip berniaga vendormallz A01

Pertama sekali sebelum anda mula berniaga, kenali potensi diri anda?

Bagaimana nak mengenali potensi diri saya? Saya tak tau pun apa yang saya suka? Saya ni jenis suka menerima arahan, saya tak suka berfikir?

Semua yang saya sebutkan di atas adalah sejumlah alasan yang kita selalu dengar. Ianya bergantung kepada persekitaran juga, jika kita berkumpul dan lepak dengan orang yang sebegini, perkataan yang keluar dari mulut kita juga akan lebih kurang maknanya dengan ayat di atas.

Kita mestilah rajin mencari dan memulakan sesuatu, kerana jika kita kurang berjaya, kita akan tahu di mana tempat kita memebuat salah dan kita boleh adjust along the way. Kalau tak mulakan, kita tak tahu pun apa yang ada di sepanjang perjalanan kita.

Jom kita mula mencari diri kita, apa yang kita suka? Pertama cuba tanyakan diri kita, apa yang kita selalu lakukan di waktu lapang kita? Adakah kita melakukan itu kerana minat atau kerana terpaksa?

Jika anda menjawab kerana minat, maka itulah potensi anda, anda boleh kembangkan lagi bakat anda. Anda boleh cuba menjual khidmat anda itu. Cuba pasarkan kepada rakan rakan di Facebook anda. Jika sambutannya bagus, anda boleh membuat iklan di tempat lain juga untuk meluaskan pasaran anda.

Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan panduan cara memulakan perniagaan anda di sini.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com