Cara Menjalankan BISNES CUCI KERETA   -093 vendormallz

Cara Menjalankan BISNES CUCI KERETA -093 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES CUCI KERETA

Bila kali terakhir anda cuci kenderaan anda? Kalau dah lama sangat sampai anda pun tak ingat, ha, dah tiba masa untuk hantar kereta pergi cuci.

Biasanya saya naik motor, jarang jarang saya basuh motor saya. Tapi biasanya bila hantar motor pergi cuci di tempat mencuci kereta, kadar bayaran yang di kenakan ialah RM5. Bagi saya kadar ini agak murah jika di badingkan dengan kita mencuci sendiri. Sebab mereka mencuci motorsikal menggunakan pam air yang deras. Semua kotoran yang terselindung pun akan keluar bersama dengan air deras yang di gunakan. Kalau cuci sendiri ada juga tempat yang tak dapat tercapai tangan kita.

Jom kita tengok samaada bisness cuci kereta ni boleh menjana pendapatan untuk kita yang tak ada peralatan lain selain dari kaki dan tangan yang di pinjamkan oleh pencipta kepada kita.

Bisnes cuci kereta boleh di jalankan secara dari rumah ke rumah dan boleh juga di jalankan di premis yang tetap. Seperti contoh ini, jika kita parking kenderaan di padang padang parking di Kuala Lumpur, kita akan terjumpa lah dengan uncle yang akan membawa basikal mereka dengan timba air di letakkan di atas basika mereka. Mereka akan tanya jika kita nak basuh bahagian luar kereta.Kenapa saya cakap bahagian luar kereta? Sebab biasanya mereka tak minta kunci kenderaan kita. Jika kita bersetuju mereka akan start dengan mencurah air di kereta kita, kemudian meraka akan membancuh air sabun untuk di gosokkan di kereta kita. Cara ini mungkin tidak berapa bersih, sebab mereka menggunakan air yang sedikit sahaja. Selepas aktiviti menggosok kereta anda menggunakan span dan kain. Mereka akam membilas kereta kita sekali lagi dengan air bersih. Harga yang di kenakan berbeza mengikut tempat kita jumpa mereka. Biasanya harga dari RM8 dan ke atas. Modal mereka cuma air, timba, sabun basuh, dan beberapa span untuk mencuci.

Cuma kita buat kira kira sekarang. Jika anda tiada modal untuk berniaga, dan di rumah anda ada semua peralatan yang saya sebutkan tadi. Anda boleh mulakan kerja ini sekarang juga. Untuk pembaca yang duduk di flat atau pangsapuri, bakal pelanggan ada ramai, anda boleh mula tulis iklan anda dan tampal di tempat yang strategik supaya mudah di lihat oleh bakal pelanggan anda. Katakan sehari anda cuma dapat 2 pelanggan, anda cas mereka RM10 seorang, anda sudah dapat RM20 untuk kerja anda pada hari itu. Lepaslah belanja dapur anda untuk sehari.  Bila modal anda sudah terkumpul, boleh lah anda mula menggajikan pekerja dan membeli peralatan lain untuk membantu kerja anda.

Saya pernah membaca di dalam Facebook bahawa ada tuan punya tempat mencuci kereta yang berjaya menjana pendapatan yang banyak serta dapat menggajikan pekerja untuk membantu mereka. Saya beri link untuk anda baca kisah tuan punya tempat mencuci kereta ini. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada anda.

Fokus Bisnes cuci kereta sahaja, Tuan Naquib mencapai RM100 Ribu jualan kasar sebulan, nota ini saya ambil dari Facebook Dr Azizan Osman.

Rujukan :

https://web.facebook.com/azizanosmanofficial/posts/1913148542155027?_rdc=1&_rdr

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com