Cara Menjalankan BISNES CYBER CAFE – 094 vendormallz

Cara Menjalankan BISNES CYBER CAFE – 094 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

BISNES CYBER CAFEĀ 

Ramai yang membuka cyber cafe dari rumah. Tapi itu pada masa dahulu, sewaktu penggunaan internet belum meluas. Sekarang perniagaan ini sudah semakin pupus.

Mungkin kerana ramai orang boleh mendapat informasi dan hiburan dari hujung jari masing-masing mengunakan telefon bimbit. Tapi jangan risau jika anda masih lagi mahu memulakan perniagaan cyber cafe, kerana sebagaimana masa berlalu dan berubah, perniagaan ini juga melalui fasa pembaharuan.

Jika dahulu anda cuma duduk dan menungu pelanggan untuk datang menggunakan komputer di kedai anda, sekarang anda boleh juga menukarkan perniagaan anda menjadi kedai printing, anda beli satu printer untuk mencetak dokumen dari komputer anda. Anda boleh mulakan dengan mempromosikan khidmat anda kepada pelanggan yang pernah datang ke kedai anda. Biasanya jika saya pergi ke cyber cafe ni dulu, saya kena tulis nama saya untuk menentukan berapa harga yang kena bayar, sebab kadar bayaran di kira dari waktu anda tulis nama. Jangka waktu kita di cas bayaran sudah bermula. Anda boleh cari balik senarai nama pelanggan anda dan mula hubungi mereka untuk memberitahu mereka tentang khidmat yang baru anda mulakan iaitu bisnes mencetak dari komputer.

Salah satu cara lain ialah dengan mencetak flyer dan edarkan di sekitar kawasan perumahan anda. Hakikatnya, bukan semua rumah ada mesin mencetak dan mesin phostostat. Pastikan anda beli mesin printer yang boleh scan dan cetak semula dari salinan dokumen yang anda scan itu.

Modal untuk bisnes ni tidak sampai seribu ringgit. Berita terbaik untuk anda di tahun ini tahun 2020 ialah anda boleh beli printer yang boleh cetak terus imej dari handphone menggunakan bluetooth. Walaupun teknologi ini tidak lah berapa baru, tetapi dengan adanya mass production (pengeluaran banyak pada satu satu masa), kita dapat membeli printer jenis ini pada harga yang murah. Jadi jangan tunggu lagi. Dah boleh mula bisnes sekarang.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com