Cara Menjual Burger  -092 vendormallz

Cara Menjual Burger -092 vendormallz

JENIS PEKERJAAN MODAL KECIL

Jika saya lapar pada waktu malam. Biasanya selepas balik kerja, dalam pukul 8 malam, saya akan singgah gerai burger sebab nak beli burger. Saya cuma akan beli burger ini dari gerai yang biasa saya beli. Saya kenal budak yang menjual burger ni dari 20 tahun yang lalu. Dia mencari pendapatan dengan hanya menjual satu produk sahaja. Iaitu burger.Harga burger biasanya bermula dari RM2.50. Apa yang saya nak cerita di sini ialah tentang bagaimana mudahnya kita nak mula berniaga burger. Cuma jika nak berniaga bagi masa yang lama dan nak cari untung lebih sikit ari biasa, kita perlu beli barang yang kita nak jual dari tempat yang murah dan berkualiti. Jika anda berada di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, anda boleh pergi ke kilang daging burger untuk membeli daging burger Ramly.

saya pernah berniaga burger secara menjaja di Dataran Merdeka. Saya masih ingat bagaimana saya pergi membeli daging burger di jenama Ramly di kedai borong dekat dengan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Bila nak beli daging burger, kita mestilah pilih jenama yang kita suka nak makan. Jangan jual benda yang kita sendiri pun tak suka. Berbalik kepada waktu saya pergi membeli daging burger, penjual di kedai itu ada menyarankan saya untuk membeli sos lada hitam juga, katanya jika kita letakkan sos lada hitam, kita akan dapat mejual pada harga yang lebih sikit dari biasa, saya pun beli sos lada hitam dan sos cili yang biasa. Burger ini semua saya nak jual pada malam perlawanan bolasepak piala dunia. Perlawanan ini ditayangkan di Dataran Medeka. Lama juga dah rasanya peristiwa ini. Saya buat dalam 200 biji burger, ada tiga orang di dalam team saya, saya, anak saya dan seorang kawan anak saya. Kami dapat jual burger sebanyak 190 biji sampai habis (ada juga yang kami makan sebab lapar waktu kami menjual lebih kurang 10 biji). Apa yang saya boleh kongsikan  di sini ialah jual burger sangat untung. Sebab utama ialah anda menjual produk makanan. Untuk produk makanan biasanya keuntungan minima ialah 30 peratus dari harga kos anda. Terpulang kepada cara anda membungkus dan rasa produk tersebit. Jika anda masak sedap, sudah pasti pelanggan akan beratur panjang untuk membeli dari anda. Ramai orang suka kongsikan pengalam mereka di sosial media jika mereka makan makanan yang sedap ataupun tidak sedap. Jadi gunakan peluang ini untuk mengiklankan produk anda secara murah dan percuma.

Saya sudah cerita di mana anda nak cari stok barang jualan, saya sudah cerita di mana anda boleh menjual. Sekarang masa anda pula untuk memulakan langkah anda.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com