Ciri-Ciri Penting Seorang Usahawan

Ciri-Ciri Penting Seorang Usahawan

Ada yang mengatakan untuk menjadi seorang yang berjaya, dalam apa jua bidang sekalipun yang diceburi, kita haruslah memiliki sikap dan sifat yang sesuai dan pertepatan. Sama juga bagi seorang usahawan. Tidak semua orang boleh jadi usahawan. Tetapi sebelum itu, apakah usahawan?

Satu takrifan mudah, usahawan ialah seorang yang membiayai atau memulakan usaha satu-satu perniagaan. Jika anda juga mahu menjadi seorang ahli perniagaan, anda harus memiliki ciri-ciri seorang usahawan.

Iklan 

Menempah domain perniagaan anda
https://lamanwebjenamaanda.wordpress.com/

Apakah ciri-ciri yang harus ada pada seorang usahawan? Adakah ianya sangat penting? Benar, ianya penting kerana jika anda tidak memilikinya, kemungkinan untuk anda gagal adalah lebih tinggi. Di antaranya adalah seperti berikut:-

Sanggup mengambil risiko – Jika anda tidak sanggup mengambil sebarang risiko, maka anda tidak akan berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. Ini adalah kerana setiap hari, dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran dan persaingan itu membuatkan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang mana anda harus menyelesaikan dengan kadar yang segera.

Sesetengah risiko itu adalah perlu ditimbangkan dengan cermat dan hati-hati terutamanya jika ianya baik untuk perniagaan. Jika anda bukan seorang yang sanggup mengambil risiko, maka anda bukanlah seorang usahawan yang baik.

Iklan 

Ingin belajar membina website? 

https://lamanwebjenamaanda.wordpress.com/

Bijaksana – Anda haruslah bijak, pandai, bersungguh-sungguh dan cerdas dalam semua urusan perniagaan anda. Anda juga haruslah mempamerkan kesediaan mental dan kepintaran supaya anda boleh memenangi rasa hormat dan kepercayaan pelanggan terhadap anda.Pemimpin – Sifat Kepimpinan sukar ditemui dalam semua orang. Tidak ramai orang yang berkebolehan ke hadapan menjadi ketua. Untuk menjadi seorang usahawan yang baik, anda harus menjadi seorang pemimpin. Ada yang mengatakan ciri ini adalah semulajadi tetapi jika anda tidak memilikinya, anda boleh juga belajar untuk menjadi seorang pemimpin.

Anda adalah seorang yang bertuah jika sudah memiliki kebolehan ini secara semulajadi kerana anda hanya perlu mengembangkannya. Sebagai seorang pemimpin, anda haruslah mampu memberi panduan, mempengaruhi dan mengarah orang lain. Dengan cara ini, anda boleh menjalankan urusan perniagaan dengan lebih mudah dan lancar.

Minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan – Anda mestilah mengekalkan minat dan kecintaan yang mendalam terhadap bidang ini. Selagi anda mempunyai dorongan dan minat yang tidak berbelah bagi, selagi itulah anda akan terus berada dalam bidang ini.Jujur dan boleh dipercayai – Ada yang mengatakan 80% dari masa seorang usahawan itu adalah dicurahkan khas untuk menarik dan mengumpulkan pelanggan. Kenyataan ini ada betulnya kerana tanpa pelanggan, perniagaan tidak mungkin wujud. Anda haruslah jujur dan boleh dipercayai supaya anda boleh membina hubungan yang lebih kukuh antara perniagaan anda dan pelanggan.

Bersyukurlah jika anda sudah memiliki ciri-ciri seorang usahawan. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah mengkaji dan menyelidik pasaran dengan cermat. Menggali dan mempelajari selok belok perniagaan yang mahu dikuasai. Merancang dan menyusun atur rencana sebaik mungkin. Dan inilah masanya yang ditunggu-tunggu selama ini. Mulakan usaha anda.

Bidang perniagaan sudah dipilih, modal sudah di tangan, dan anda sekarang sudah bersedia menjadi seorang usahawan.

https://lamanwebjenamaanda.wordpress.com/

Source

https://aleabizz.blogspot.com/2011/10/ciri-ciri-penting-seorang-usahawan.html

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com