Idea berniaga dari kurier dan logistik – 101 vendormallz

Idea berniaga dari kurier dan logistik – 101 vendormallz

IDEA BERNIAGA SECARA KECIL KECILAN

BISNES KURIER DAN LOGISTIK   

Untuk posting ini saya campur 3 jenis kerja untuk tujuan memeberi lebih info di dalam satu posting. Saya target supaya ada lebih dari 1500 perkataan. Jika terkurang juga maafkan saya. Saya akan cuba memperbaiki setiap kelemahan yang terdapat di dalam posting.

Untuk kali ini kita ada BISNES KURIER DAN LOGISTIK , BISNES PELANCONGAN TOUR GUIDE TEMPATAN DAN BISNES MEKAP PENGANTIN 

Bagaimana caranya untuk anda menghantar barang dari satu tempat ke tempat yang lain? Biasanya anda akan gunakan syarikat kurier kan. Pernah tak anda termimpikan bahawa satu hari nanti anda boleh menjalankan perniagaan ini dari rumah? Jika ya, inilah masa yang sesuai untuk anda mulakan.

Permintaan untuk perkhidmatan penghantaran barang sangat tinggi. Perkara ini berlaku kerana ramai pengguna tak ada banyak masa untuk pergi menghantar dan mengambil barangan yang mereka perlukan. Ramai yang terbelengu dengan tugasan seharian di pejabat dan di rumah.

Bagaimana anda boleh memulakan perniagaan ini dengan modal yang kecil? Pertama sekali anda mestilah mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti Poslaju, DHL, Nationwide, J&T Express dan anda perlu tanya mereka sama ada mereka memerlukan ejen setempat untuk menerima barangan dan bungkusan yang perlu di hantar oleh mereka. Jika mereka mengatakan ya, maknanya peluang untuk anda menjalankan perniagaan ini sangat cerah.

Saya ada lagi satu idea untuk memudahkan kerja anda. Ada beberapa syarikat francais yang memang menawarkan peluang untuk anda berniaga dengan cara beroperasi dari lokasi pilihan anda. Anda boleh pilih untuk beroperasi dari kedai atau pejabat dan anda juga boleh menyewa slot di dalam stesen minyak yang besar dan kadar pelanggan yang ramai.

Antara syarikat yang anda boleh ambil sebagai model perniagaan anda ialah :

http://www.mbe.com.my/

BISNES PELANCONGAN TOUR GUIDE TEMPATAN

Kerja tanpa modal dari rumah anda? Jom cuba jadi pemandu pelancong (tour guide) untuk kawasan tempat tinggal anda.

Perasan tak jika kita pergi melancong dengan menggunakan khidmat syarikat pelancongan, akan ada orang yang berdiri di dalam bas dan start bercakap mengenai cerita dan sejarah tempat yang kita lawati. Mereka akan bercakap dan bercakap walaupun kadang kadang tak ada orang yang ambil peduli tentang apa yang mereka cakapkan. Maksud saya bukan orang tak kisah, cuma  pelancong biasanya akan lebih teruja untuk melihat keadaan sekeliling dari melihat orang yang bercakap di dalam bas. Mereka ini sebenarnya bekerja sebagai pemandu pelancong. Kebanyakan pemandu pelancong perlu melalui satu proses seperti masuk ke sekolah/institusi yang bertauliah untuk layak bekerja sebagai pemandu pelancong. Di Malaysia anda perlu mendapatkan lesen dari agensi kerajaan. Anda boleh layari motac.gov.my untuk keterangan lanjut.

http://www.motac.gov.my/soalan-lazim/kursus-pemandu-pelancong

Selain dari mendaftarkan diri anda menjadi pemmndu pelancong yang bertauliah, anda juga boleh memulakan kerjaya ini dengan cara menawarkan perkhidmatan yang agak berbeza dari apa yang di lakukan oleh pemandu pelancong yang bertauliah. Contohnya anda boleh mereka satu pakej pelancongan untuk anda jual. Antara pakej yang sesuai untuk anda mula dari rumah ialah pakej makan makan bersama anda. Anda boleh mncari tempa makan yang terkenal di tempat anda yang menawarkan menu yang terkenal. Anda boleh tawarkan pakej ini kepada pelancong yang baru pertama kali menjejakkan kaki mereka di Malaysia. Tetapi anda perlu kreatif untuk memasarkan pakej ini, anda boleh kembarkan pakej anda degan pakej lawatan ke tempat bersejarah di tempat anda. Saya pernah melihat pakej seperti ini di laman web viator.com

https://www.viator.com/en-MY/

Selain dari website tersebut anda boleh membuat carian di Google dengan menggunakan kata kunci pakej pelancongan tempatan Malaysia.

BISNES MEKAP PENGANTIN 

Pekerjaan juru mekap pengantin memerlukan kepakaran yang tinggi. Kita mesti ada bakat semulajadi dan bakat yang diasah setiap hari. Cara mengasah bakat setiap hari ialan dengan belajar untuk mengaplikasikan apa yang kita belajar. Kita boleh menggunakan muka kita sendiri untuk menjadi model  dan juga menggunakan muka orang lain. Jika tak ada orang yang mahu menjadi model dan anda juga malu malu untuk menojolkan muka anda, pakai kertas lukisan pun tidak menjadi masalah.

Ada seorang yang paling rapat dengan saya bekerja sebagai jurumekap untuk jenama antarabangsa. Saya tengok juga nota pelajaran yang dia selalu bawa balik. Rupanya susah juga untuk menjadi juru mekap yang profesional. Mereka kena belajar bentuk muka, jenis kulit muka, kombinasi warna, ramuan prioduk dan banyak lagi. Sampaikan kalau saya baca lama lama, saya akan jadi pakar kulit dan pakar perunding imej juga.

Modal untuk and menjadi mekap artis juga banyak, kerana anda mesti mempunyai koleksi mekap yang banyak untuk memastikan anda ada cukup warna untuk di campurkan jika sekiranya pelanggan anda mempunyai citarasa yang tinggi dan jenis kulitnya mempunyai banyak tona warna dari terang kepada warna gelap.

Ramai juga yang mempunyai bakat semulajadi di dalam bidang ini, mereka ini mudah sahaja untuk menjadi mekap artis, kiranya apa yang mereka sentuh akan menjadi cantik. Saya lihat trending masa sekarang ini, ramai yang berani membuat video video tutorial di dalam siaran sosial media seperti Youtube, Instagram dan Facebook. Mereka menggelarkan diri mereka mekap artis. Ada antara mereka yang berbakat dan mencari pendapatan dengan cara berkongsi kepakaran mereka secara berterusan dan consistent/istiqomah setiap hari. Ada juga yang langsung tidak berbakat dan tidak consistent di dalam pekerjaan mereka. Mungkin mereka cuma mahu mengisi masa mereka yang banyak.

Tidak di nafikan ada juga yang dapat menjana pendapatan yang banyak dengan hanya berkongsi minat mereka di sosial media.

Jika anda berminat untuk bekerja di dalam bidang ini, saya sarankan anda bermula dengan makan gaji di syarikat yang memang menawarkan kelas untuk anda belajar atau pun anda boleh mendaftar untuk pergi ke kelas yang banyak berada di dalam pasaran dan mudah di dapati secara online dan ofline. Cari sekolah dan badan badan yangn dapat memberi anda sijil dan memberi anda kemahiran. Jangan lupa tanyakan juga jika mereka boleh membantu anda untuk mendapatkan pelanggan pertama anda.  

Anda mempunyai produk untuk di iklan kan di website kami?

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com