MiSHA, Mybro sumbang pakaian raya terpakai

MiSHA, Mybro sumbang pakaian raya terpakai


http://www.sinarharian.com.my/

Pakaian raya terpakai dan barang perhiasan rumah yang disumbangkan kepada penduduk Damansara Damai.

PETALING JAYA – Persatuan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Malaysia (MiSHA) dengan kerjasama Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) menyampaikan sumbangan pakaian raya, kasut terpakai dan perhiasan rumah kepada penduduk sempena program Bundle Rakyat di Damansara Damai di sini.

Pengarah program, Abd Mutalib Abd Gapar berkata, program itu bertujuan berkongsi kegembiraan meraikan Aidilfitri bagi meringankan beban keluarga yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut, selain menyumbang kepada golongan yang memerlukan, ia dapat mengukuhkan hubungan silaturahim di antara penduduk dengan pemimpin masyarakat.

“Kita mengumpulkan baju-baju ini dari pelbagai sumber dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan membeli baju raya.

“Selain pakaian, pihak kami turut menyumbang kasut serta peralatan yang lain kepada mereka seperti langsir rumah, cadar dan pelbagai lagi.

“Penerima sumbangan akan diberi keutamaan bagi menerima bantuan sama pada tahun hadapan dan bagi yang berkelayakan, mereka akan dirujuk ke pihak berkaitan untuk bantuan lanjut,” katanya.

Bagi memastikan program tersebut mematuhi peraturan semasa PKP, Abd Mutalib berkata, pihak penganjur mengawal penjarakan sosial dengan membenarkan hanya tiga orang masuk ke lokasi sumbangan pada satu sama untuk memilih pakaian dan barangan yang diperlukan.

Menurutnya, penerima diminta beratur mengikut giliran dan saringan suhu badan dilakukan sukarelawan selain merekodkan nama mereka.

Source

Artikel asal.

https://www.sinarharian.com.my/article/84991/EDISI/Selangor-KL/MiSHA-Mybro-sumbang-pakaian-raya-terpakai

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com