Nak kerja dari rumah- Buka bengkel basikal- 088 vendormallz

Nak kerja dari rumah- Buka bengkel basikal- 088 vendormallz

PERNIAGAAN MODAL KECIL

Jenis pekerjaan dari rumah untuk anda pilih, kami akan menyiarkan 99 jenis pekerjaan dari rumah pada setiap 3 hari sekali untuk anda pilih dan mulakan perniagaan anda sekarang.

2. BENGKEL BASIKAL
Anda pernah baca kes penunggang basikal lajak? Nampak tak bahawa kebanyakan basikal mereka di modifikasi? Dari pengamatan saya, kebanyakan mereka memodifikasi sendiri basikal basikal ini. Di mana mereka mendapatkan kepandaian ini?

Saya tidak menyokong perbuatan mereka menunggan basikal tanpa brek ini. Tapi pengajaran yang saya nak kongsikan di sni ialah, jika mereka yang belum dewasa boleh belajar untuk melakukan sesuatu dari usia kecil, sudah pasti kita dewasa ini mampu melakukan kerja membetulkan basikal lebih baik dan sistematik dari mereka. Jika kita ada kecenderungan untuk belajar tentang basikal, sudah pasti kita boleh belajar dan menjual kepandaian kita.

Ada banyak cara kita boleh belajar untuk menjadi pandai, kita boleh belajar dari buku, dari video dan dengan cara mencari mentor untuk mengajar kita. Susah kah kerja ini? Saya rasa kerja apa pun susah, nak suap nasi ke mulut pun susah, inikan pula nak belajar dan mempraktiskan. Saya tak pernah membuka bengkel basikal, tapi saya pernah ada basikal. Banyak masalah juga yang berkait dengan basikal ini. Salah satu perkara yang anda boleh belajar cara menukar tiub basikal dan menampal kebocoran tayar. Jika anad sudah pamai membuat perkara ini. Anda dah boleh mula berniaga dah. Tak perlu banyak modal untuk memulakan kerja ini.

Nota : Kami membuka ruang ini untuk anda mengiklan. Sila mesej kami untuk peluang mendapatkan review anda di sini.

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com