Nak Pilih Kilo (bisnes purpose) atau Beli Bale

Nak Pilih Kilo (bisnes purpose) atau Beli Bale

Tips Mulakan Perniagaan Bundle: Nak Pilih Kilo (bisnes purpose) atau Beli Bale


Nak mulakan perniagaan bundle? Nak dapatkan tips? Sini Sha ada sedikit tips. Perbezaan antara belian kilo a.k.a biz/ bisnes purpose (tujuan membeli adalah untuk menjual balik, bukan untuk diguna sendiri) dan belian bale tokol bundle.

Untuk pengetahuan anda, bagi biz purpose, seller beli toko, kemudian bungkuskan balik dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya isi bale sekitar 45-50kg atau sehingga 80-120 kg. Seller akan belah dan repack balik dalam 1 kg, 2kg 5kg atau 10 kg. Repack ni mungkin tidak repack betul-betul. Hanya letak dalam plastik lutsinar atau hanya timbang sahaja dan bungkus biasa untuk dipos.

Kalau anda nak ambil Kilo, di bawah ini adalah sedikit tips:

  1. Survey dulu seller mana yang anda mahu. Risau ada yang scammer!
  2. Iron cantik-cantik
  3. Bila ada Stain – Sila sental. Cari cara untuk menghilangkan stain. Air panas, rendam, sabun, sental..
  4. Studi fotofon untuk menggambarkan gambar yang cantik-cantik bagi menarik perhatian warganet. Oh ya, sila iron dulu untuk impak yang kemas. Boleh letak juga sedikit hiasan.
  5. Studi pasaran (market)
  6. Bila dah cukup duit, boleh upgrade untuk ambil bale

Kelebihan ambil kilo;

  1. Tak perlu sort – ambil masa yang lama untuk sort
  2. Kurang risiko untuk dapat yang ada koyak atau buruk
  3. Belajar ambil bau bundle dahulu. Terdapat bahan kimia yang disemburkan sebelum dibungkus oleh kilang. Ada bau yang wangi. Tapi kebanyakannya bau yang sama sahaja. Bau bundle.

Ada pepatah ciptaan mengatakan; Biar Terpakai Asalkan Ori. Nak fake/copy pergi beli di Uptown. Pam modal untuk borong di China. Tak payah buat bundle.

Kalau nak berniaga bundle lebih baik ambil bale – ori dari kilang. Bukan yang dah dibuka. Sebab kalau dah pilih-pilih yang barang kepala, jackpot dan nyam kruk mesti diorang yang ambil dulu. Kalau kita yang beli bale tu kitalah yang untung lebih.

Seller yang baik bagi kita baju yang cantik. Tapi kalau tak baik kita dapat baju yang biasa-biasa atau buruk.

Bundle itu Misteri, Bundle itu Rezeki

Bale itu misteri dapat yang lusuh walaupun harga mahal. Jangan perjudikan duit kalau betul2 tak ada duit, cukup2 makan je. Kena ada duit banyak, baru tak terasa kalau dapat yang buruk. Hati kena kental. Mental dan fizikal kena kuat. Kena banyak sabar. Banyak dugaan.

Harga satu bale ialah sekitar RM400 – 800. Kilang buat sampah. Dapat kain yang buruk. Campur-campur. Sebab tu kena sorting dahulu.

Kalau kos modal tak banyak, ada cadangan cuba bundle mix dewasa. Kos rendah dan boleh pakai sendiri. Harga RM100 lebih pun dah boleh dapat. Mix adult USA harga tak sampai RM100. (Jangan tanya Sha mana nak beli. Cari sendiri). Jika setengah boleh jual, dah boleh cover modal dan untung sikit.

Tapi otai tak bagi ambil sebab teruk sangat. Sampaikan ada yang serik, tak nak jual bundle dah!

Nak selamat, join selam. Siapa cepat, dia dapat. Sediakan face mask sebab berdebu. Bundle RM1 pun ada, ikut kedailah ye. Luangkan masa untuk selam. Lagi untung 3x ganda. Tak payah nak tanggung risiko barang tak ok.

Oh ya, ramai duk whatsapp Sha tanya kat mana nak selam. Aigooo, ni Sha ke yang nak tolong niaga bagi korang.. Korang nak niaga kan, pandai-pandailah cari kedai bundle sendiri, tanya pekerja atau owner, ada tak buat buka selam. Tak tahu? Tak payah niaga lah, tak menyusahkan orang! Hati bundle seller tu kental. Kalau sikit-sikit nak koyak, dan semua nak kena suap, p mam… la. Ilmu untuk bundle ni banyak sangat tau. Kena belajar sendiri, tak boleh suka hati je nak tanya orang. Ramai bundle seller akan marah bila semua benda nak kena suap. Diorang tak suka tau.. Bersyukurlah korang sebab Sha ada tulis. Ilmu ni semua Sha dapat dari hasil bergaul dengan seller bundle dan pengalaman sendiri. Tak ada dijual di mana-mana. Ha, kan dah membebel..

Jangan mula dengan bersangka buruk sebelum nak mula apa-apa. Modal, risiko, masa dan decide!

Yang penting, jangan ikut orang. Tanya diri sendiri. Tengok minat anda nak jual apa. Bukannya tengok orang jual tu maju, dan berjaya, anda pun nak jual juga benda yang sama, tu namanya dengki dan iri hati!

Berminat? Boleh whatsapp Sha di: http://wasap.my/60194625310 Terima kasih singgah sini

UPDATE;

1. MAAF, SAYA TIDAK JUAL BALE ATAU KILO. SAYA CUMA SEBARKAN ILMU PERCUMA KEPADA ANDA. JADI KLIKLAH IKLAN SAYA.. HAHAHA, GURAU.

ADA BANYAK LAGI YANG SAYA TULIS BERKENAAN BUNDLE DALAM BLOG SAYA. BACA YA. JANGAN NAK MESEJ TANYA SHA PERKARA YANG SHA DAH TERANGKAN DALAM BLOG.

2. ADA YANG TAK FAHAM YA..

MAAF LA YA. SAYA TENGAH SIBUK PADA MASA ITU, KEPALA TING TONG.

SAYA TINGGALKAN NOTA SAYA YANG SAYA KUTIP DARI BUNDLE SELLER YANG BERJAYA UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPADA ANDA, TAPI ANDA KENA ADA KOGNITIF YANG TINGGI UNTUK FAHAM. HAHAHA..

TAK SANGKA ENTRI INI MENJADI HOT, PADAHAL BANYAK LAGI ENTRI PASAL NAK MULAKAN BUNDLE JUGA YANG SAYA TULIS DENGAN JIWA RAGA, TAPI TAK MENDAPAT TEMPAT PUN.. SAYA DAH EDIT KEMBALI YA, UNTUK MEMUDAHKAN KEFAHAMAN ANDA. SELAMAT MEMBACA.

KORANG BOLEH BACA YANG DI BAWAH JUGA;

Tips Nama Singkat Bagi Bundle
Nak Main Bundle, Hati Kena Kental
Istilah-Istilah Bundle yang Ramai Masih Keliru
Best Belah Bale Nikmatnya Bila Tali Putus

Source

Sumber

https://sha-myheart.blogspot.com/2018/02/tips-mulakan-perniagaan-bundle-kilo.html

Leave a Reply

Close Menu
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com